Mahfuz Omar hanya sekadar memohon maaf gagal atur telesidang, Sirul gagal dihubungi |
Meskipun pihak berkuasa Australia semalam mengeluarkan kenyataan tegas tidak membenarkan sebarang temu ramah media membabitkan Sirul Azhar Umar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetap berdegil mahu mengadakan sesi telesidang temu ramah tersebut.
Hasilnya, para wartawan dan wakil media yang berkumpul di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sejak pagi tadi hampa apabila Sirul yang kini berada di dalam tahanan pihak Australia, gagal dihubungi walau dicuba sebanyak 15 kali.
Justeru itu sebagai pihak yang memberi harapan "palsu" dan beriya-iya mewar-warkan kononnya mampu mengatur sesi telesidang bersama Sirul semalam, Mahfuz akhirnya hanya mampu memohon maaf kepada mereka yang hadir.
15 kali cuba dihubungi, tapi Mahfuz tetap gagal |
Walau bagaimanapun, Mahfuz memberitahu bahawa dia akan berangkat ke Australia pada Jumaat depan untuk menemui bekas
anggota Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut dan rombongannya itu dilapor akan turut disertai ibu, ahli keluarga Sirul serta peguamnya.
Mahfuz sebelum ini mewar-warkan bahawa dia akan mengatur segala keperluan untuk temu ramah bersama Sirul, kononnya untuk merungkai mengenai jenayah yang dilakukan atas sabitan membunuh seorang model dari Mongolia, mendiang Altantuya Sharibuu.
Namun, laporan terkini yang dipetik dari lidah rasmi media PAS, Harakahdaily,Mahfuz mendakwa dia berjaya menghubungi Sirul di Australia dalam tempoh singkat dan mengulas mengenai kegagalan menghubungi Sirul atas alasan "talian sibuk".
Menurut Mahfuz, setelah sidang akhbar berakhir dan sebahagian besar media telah pulang, barulah dia dapat menghubungi Sirul, itupun dalam tempoh 3 minit sahaja.
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah itu, Sirul enggan membuat sebarang pendedahan buat masa sekarang kerana menghormati kerajaan Australia, sekaligus menafikan kenyataan Mahfuz sebelum ini yang mendakwa Sirul akan membuat pendedahan mengenai kes berprofil tinggi itu hari ini.
Pada pandangan Kedahnews.com, agak pelik juga apabila seorang ahli politik seperti Mahfuz begitu berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal badan "judiciary" yang membabitkan insiden penjenayah yang menyeludup diri lari ke luar negara.
Sedangkan, Ketua Penerangan PAS itu seolah tiada minat untuk menerangkan tentang keadaan politik partinya yang teruk dihentam krisis dalaman dan luaran yang makin meruncing.

Berkemungkinan juga Ketua Penerangan PAS itu mengharap agar Sirul menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, supaya boleh dijadikan "modal politik" untuk memburukkan imej Perdana Menteri itu serta badan kehakiman di Malaysia.
Mahkamah sebelum ini mengesahkan bahawa Najib dan Rosmah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes jenayah tersebut berdasarkan bukti serta keterangan kukuh yang diberi.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum itu dikatakan telah bertanggungjawab menyebarkan sekeping gambar mendiang Altantuya bersama Najib walaupun ia jelas merupakan sekeping gambar yang telah diedit.
Selain itu, usaha memburukkan imej Perdana Menteri dan isteri berhubung kes bunuh tersebut juga pernah ditulis oleh penulis kontroversi pro-Pakatan Rakyat, Raja Petra Kamarudin, yang akhirnya mengaku mereka-reka cerita tidak benar itu.
Sirul kini ditahan pihak Imigresen
Australia selepas namanya tersenarai di dalam senarai Interpol, dan dikatakan sepatutnya
mengadakan telesidang secara langsung jam 11.30 pagi tadi mengikut
perancangan awal diatur Mahfuz.
Walaupun berada dalam tahanan, Sirul dikatakan masih diberikan untuk mengakses internet dan membuat panggilan telefon, namun terhad. -Kedahnews.com