Gambar: Nora DanishBuat Laporan Polis Terhadap Anak Muda ISIS Malaysia

Alor Setar - Pelakon jelita, Nora Danish dilapor akan membuat satu laporan polis yang mendakwa terdapat penyalahgunaan gambarnya dalam sebuah video yang dikaitkan dengan persatuan Isis Malaysia baru-baru ini.

Nora enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu, namun jelas terang-terangan menunjukkan salah seorang daripada lelaki bertopeng di dalam video berkenaan memegang gambarnya.

“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Gambar Nora Danish jelas kelihatan dipegang seorang lelaki bertopeng dalam video tersebut.
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Youtube, empat lelaki bertopeng itu memberitahu mereka sudah tidak lagi percayakan sistem demokrasi negara ini dan sebagai langkah permulaan menunjukkan pendirian tersebut, mereka akan membakar mercun di mahkamah pada 18 Februari ini.
 
Peliknya, salah seorang dari mereka memegang gambar Nora di dalam video tersebut, apa motif anak muda itu agaknya? -Kedahnews.com