Gempar! Video Audio: Ini Rakaman Dakwa Suara Mat Sabu Burukkan Abdul Hadi?

Kemelut dalaman PAS yang membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan memperlekeh dan cuba menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semakin membarah apabila tersebarnya sebuah rakaman audio.

Rakaman tersebut dipercayai telah dirakam seseorang dan mengandungi suara yang dikatakan milik Mohamad Sabu dalam gerakan dalaman PAS cuba menjatuhkan Abdul Hadi pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Audio berkenaan telah didedahkan menerusi laman Facebook pro-ulama PAS yang dikenali sebagai El-Haraki, dan laman itu mengecam Mohamad Sabu atas rancangan menjatuhkan Presiden PAS itu.

"Anda nilai sendiri betapa jahatnya Mat Sabu sampaikan sanggup mengatur strategi bersama pasukannya untuk menjatuhkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan para Ulamak yang lain," kata admin laman fanpage di Facebook berkenaan.

Berikut adalah rakaman yang dikatakan sedang hangat tersebar sebagaimana yang dimaksudkan. Rakaman audio dibawah adalah "part I" dan dijangka rakaman yang lain bakal menyusul selepas ini.

Walau bagaimanapun, Mohamad gagal dihubungi untuk mendapat pengesahan mengenai suara yang terkandung di dalam audio berkenaan hingga kini. -Kedahnews.com