Adzaman Mohd . Jan (dua dari kanan) memeriksa rangka motosikal yang dipercayai dicuri oleh Geng Rangka sekitar daerah Kota Setar |
ALOR SETAR - Kumpulan curi motosikal dikenali ‘Geng Rangka’ lumpuh
selepas polis berjaya memberkas lima lelaki dalam beberapa operasi mulai
23 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan di kediaman mereka dalam operasi berbeza.
“Tangkapan pertama dibuat pada 24 Januari, diikuti suspek kedua yang ditahan pada Isnin minggu lalu. Manakala, polis menahan tiga lagi suspek pada 27 Januari.
“Pihak polis menemui tujuh rangka motosikal sudah dileraikan, sekali gus menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di Kota Setar dan satu kes dari Pendang,” katanya.
Menurutnya, semua suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau masih disyaki terbabit dalam jenayah curi motosikal berkenaan semenjak dua tahun lepas.
Dalam kes berbeza, katanya, seorang gelandangan berusia 26 tahun memiliki lapan rekod jenayah lampau diberkas dalam tempoh 36 jam selepas disyaki melakukan jenayah.
Katanya, pihak mereka menerima laporan kecurian motosikal daripada seorang pemilik berusia 43 tahun di Hotel Seberang Perak, di sini, kira-kira 9.37 pagi pada 27 Januari lalu.
“Kita membuat tangkapan ke atas seorang lelaki di Persisiran Sultan Abdul Hamid kira-kira 1 pagi pada 29 Januari, lalu membawa kepada penemuan barang kes,” katanya.
Katanya, suspek yang aktif melakukan pelbagai kes jenayah seperti curi motosikal sejak 2006,dan positif dadah jenis syabu direman sehingga 5 Februari depan. -Sinar Harian