Harga Barang: Elak Bertelingkah Babit Isu Perkauman - Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau mahu sebarang pertelingkahan yang boleh  membabitkan masalah perkauman berkaitan isu harga barang dihentikan seberapa segera.

Bagaimanapun dalam kenyataannya, Najib meminta para peniaga supaya perlu lebih bertanggungjawab untuk menetapkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata, teguran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini sepatutnya ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu sahaja.

“Kabinet dimaklumkan kenyataan Ismail Sabri bertujuan menegur peniaga yang enggan turunkan harga barang,” katanya mengulas mengenai kenyataan Ismail Sabri yang mencetus kontroversi baru-baru ini.

Ismail Sabri, pada Ahad lalu telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan pengguna Melayu melakukan boikot ke atas para peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang biarpun harga minyak sudah diturunkan.

Kenyataannya itu telah menyebabkan beberapa pihak dari kaum Cina melenting membuta tuli dan secara melampau telah menganggap kenyataan Ismail Sabri satu kenyataan berbaur rasis.

Dalam satu lagi kenyataan beliau di laman Facebooknya, pada 2 Februari, para peniaga Cina yang degil sebelum menggunakan alasan ketika kenaikan harga minyak seolah-olah ia sengaja dilakukan oleh kerajaan.

Tindakan itu dilakukan katanya sengaja diwujudkan bagi mencetus kemarahan dalam kalangan pengguna terhadap kerajaan.

“Bagi saya, pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tepi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga seperti boikot dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Hari ini dilaporkan seramai 92 Ketua-Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara bertegas menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ismail Sabri berhubung isu berkenaan. -Kedahnews.com