Hari Terakhir, Anwar Enggan Mohon Pengampunan Dari Yang DiPertuan Agong

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi hukuman penjara 5 tahun yang diputuskan ke atasnya atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini, yang juga merupakan hari terakhir untuk Anwar mengemukakan permohonan pengampunan berkenaan.

PKR dilapor sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan pilihan terakhir bagi pembebasan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun sebuah portal turut mendedahkan bahawa Rafizi telah memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Anwar bagi berhubung permohonan pengampunan berkenaan.

Ekoran menanti tarikh akhir memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong iaitu dua minggu dari tarikh hukuman dijatuhkan 10 Februari lalu, Suruhanjaya Piliharaya (SPR) masih belum mengadakan mesyuarakat bagi menentukan tarikh pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan.

Pada masa sama badan bebas pelihanraya itu juga dikatakan sedang menanti notis kekosongan kerusi Parlimen tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat sebelum tarikh mesyuarat bagi pilihanraya kecil kawasan parlimen tersebut dapat dilangsungkan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh setelah disahkan meliwat tujuh tahun lalu oleh mahkamah, selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan diputuskan gagal pada 10 Februari lalu. -Kedahnews.com