Harvard Keluar Memo Larang Seks Profesor - Pelajar

Salah sebuah universiti paling berprestij di Amerika Syarikat, Universiti Harvard, telah mengeluarkan memo melarang mana-mana profesornya supaya tidak mengadakan hubungan seks dengan pelajar di pusat pengajian tinggi berkenaan.

Arahan tersebut difahamkan telah diputus untuk dikuatkuasakan di universiti itu berikutan kajian semula terhadap dasar pencabulan seksual.

Larangan itu turut dikenakan terhadap mahasiswa serta graduan lepasan ijazah serta dijadikan sebahagian daripada kajian semula bagi salah laku seksual di universiti tersebut.

Keputusan sedemikian terpaksa diambil oleh pihak atasan universiti itu kerana Harvard sebelum ini dilihat lebih gemar mengambil pendekatan defensif apabila terdapat aduan berkaitan keganasan seksual di kampunya.

Pada Mei tahun lalu, Jabatan Pelajaran Amerika Syarikat telah menyenaraikan sebanyak 55 kolej dan universiti bagi menjalankan kajian semula berkaitan pengendalian aduan serangan seksual dan pencabulan. -Kedahnews.com