Seorang penulis The Star, Phillip Golingai di laman sosial Twitternya baru-baru ini telah menimbulkan kejutan ramai pihak apabila menyiarkan sekeping gambar iklan pelacuran yang dikatakan telah dilekatkan di sebuah pangsapuri di Sabah.
Terpapar pada iklan itu adalah gambar dua orang wanita yang dipercayai pelacur
dengan beberapa keterangan mengenai perkhidmatan pelacuran beserta harga promosi ditawarkan.
Malah iklan berkenaan dengan beraninya turut tertera nombor telefon bapa ayam yang dipercayai menjaga
pelacur-pelacur tersebut.
Lebih memalukan keterangan yang diberikan bapa ayam itu turut memburukkan nama baik kaum Dusun di Sabah apabila menyatakan mengenai status bangsa pelacur yang ditawarkan itu.
Bagaimanapun, semakan semula kami di laman Twitter milik Philip Golingai mendapati iklan berkenaan telah tiada, berkemungkinan dipadam pemiliknya.
Kedahnews.com memandang serius dengan iklan yang tidak bermoral sebegini, apatah lagi ia membabitkan aktiviti seks bebas yang jelas bertentangan dengan adab susila masyarakat Malaysia, khususnya di Sabah yang terkenal dengan budaya sopannya.
Justeru itu kami memohon pada pihak berkuasa di sana agar bertindak segera terhadap aktiviti berkenaan supaya ia tidak membarah dan memalukan seluruh rakyat di Sabah. -Kedahnews.com