Ini CEO Petronas Yang Baru...

Ketua Pegawai Operasi (COO) Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, 54, telah dinamakan sebagai pengganti kepada penyandang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abas.

Perkara itu dilaporkan semalam oleh sebuah portal yang memetik sumber dalaman syarikat petroleum negara itu hari ini.

Pengumuman itu dikatakan dibuat sendiri oleh Shamsul Azhar dalam satu sesi Townhall bersama Presiden 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebentar tadi.

“Pengumuman rasmi akan dilakukan jam 6.00 petang ini,” kata sumber berkenaan

Difahamkan bahawa nama Wan Zulkiflee dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada tiga calon lain.

Terdahulu mereka yang disebut-sebut dicalonkan untuk menggantikan Shamsul adalah Datuk Mohd Anuar Taib, Datuk Ahmad Nizam Salleh and Md Arif Mahmood.

Wan Zulkiflee adalah merupakan pegawai paling kanan daripada senarai calon-calon tersebut.

Wan Zulkiflee yang berusia 54 tahun kini bertugas sebagai COO dan Pengarah Eksekutif di PETRONAS.

Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan PETRONAS Chemicals Bhd dan PETRONAS Dagangan Bhd. -Kedahnews.com