Tidak dapat dinafikan bahawa Instagram boleh dianggap antara jaringan sosial paling popular di kalangan warga netizen di zaman ini.
Sebelum ini, akaun Instagram ‘The Rich Kids of Tehran’ yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan di ibu negara Iran itu dikatakan "awesome" dan dicemburui ramai.
Mungkin disebabkan itu, tidak kalah di Malaysia apabila ada pihak yang mewujudkan pula akaun Instagram ‘The Rich Kids of Malaysia’!
Amboi, nak jugak! Kiranya, tidak kurang hebat jugalah anak-anak di Malaysia yang dikatakan "miskin" ni...kan?
Sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut sudah memilik lebih 12,000 orang pengikut dan memaparkan 148 gambar kemewahan anak-anak muda negara ini.
Difahamkan bahawa pada mereka-mereka yang berminat untuk melihat gambar wajah atau kemewahan mereka
dipaparkan di akaun ini, mereka perlu menghantar gambar menerusi emel untuk dipilih
oleh admin laman itu terlebih dahulu.
Menurut pemerhatian kami, bukan sahaja anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang menghantar gambar, tapi pelakon Erin Malek pun ada tau!
Malah lebih menerujakan kami, gambar "cikgu Aishah" yang kononnya menerima "surat cinta" dari bapa murid di sebuah sekolah pun turut tersenarai di #TheRichKidsOfMalaysia atas sebab "kaya dengan senyuman" dan kejelitaannya! Wow!
Biarpun tujuan akaun ini diwujudkan untuk suka-suka, nampaknya
ia juga menjadi tempat untuk anak muda bersaing mempamerkan kemewahan
yang dikecapi.
Ia ditafsirkan melalui gambar-gambar yang memaparkan kemewahan di sebalik kereta mewah, gaya hidup melancong, koleksi barangan peribadi yang mahal seperti beg tangan, jam tangan dan sebagainya yang terpamer di laman instagram tersebut.
Pada Kedahnews.com, untunglah mereka-mereka yang disenaraikan itu dan kami rakyat marhaen yang biasa-biasa ini tumpang tengok sajalah…kan? Bersyukurlah pada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan, wallahu'alam. -Kedahnews.com