Mungkin terlalu takut untuk diboikot atas kedegilan para pembekal dan pemborong Cina yang enggan menurunkan harga barang, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Ismail Sabri Yaakob yang menggesa kempen boikot peniaga Cina telah diugut bunuh.
Menerusi satu komen di laman sosial Facebook yang dipetik dari laporan portal yang dikaitkan dengan pembangkang, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama "Alan Ling Sie Kiong" memuat naik status dengan tulisan Cina.
"Banyak cakap la.. kasi tutup saja dia punya mulut" tulis Alan setelah diterjemah ke bahasa Melayu.
Berdasarkan laporan berita bertajuk "Saya hanya tuju pada peniaga Cina degil, kata Ismail Sabri", beberapa komen susulan tercetus di situ sehingga timbul ugutan bunuh terhadap Menteri berkenaan.
"Cincang dia tipis-tipis!", kata pemilik akaun "Leong Teck Khean".
Kemudian, Terry Chia pula memuat naik komen untuk menghasut orang ramai membunuh Ismail Sabri.
"Mari kita bunuh dia", kata Terry.
Bagaikan apa yang dikatakan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias sebelum ini bahawa setiap komen yang dikeluarkan itu adalah merujuk pada keperibadian sikap seseorang, nampaknya ada individu yang bakal "diburu" polis nanti.
Dijangka atas ugutan bunuh itu, mungkin ada pihak yang akan tampil membuat laporan polis terhadap para pemilik akaun laman sosial yang "celupar" dan mungin tidak menyangka ada yang faham tulisan Cina mereka di Facebook.
Kita nantikan episod seterusnya... -Kedahnews.com