Isu Kulit Popiah "Indonesia": "Sungguh Memalukan" - Chef Wan #Hahaha @FaazFitriah


Semalam, kecoh diperkatakan di media mengenai protes ‘Save Lunpia’ yang diadakan oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Protes yang dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FormasBudi) itu bertujuan untuk mendesak Malaysia agar tidak membuat tuntutan mengenai kulit popiah atau ‘lunpia’ yang dikatakan merupakan warisan asli Indonesia.

Ternyata tuntutan yang boleh disifatkan agak kelakar itu menarik perhatian chef selebriti tersohor negara, Chef Wan sehingga membuat kenyataan menerusi akaun Instagramnya yang menyelar tindakan rakyat negara itu.

Berikut antara petikan kata-kata Chef Wan:

“Susah apabila manusia berfikiran cetek dan pendek akal mereka. Dah la kebanyakan mereka itu keluar negara sendiri pun tak pernah dan melihat popia atau Spring Roll need di serata dunia orang dan reka berzaman zaman lagi menguna pelbagai nama. From negara China tu Filipina yg mereka panggil Lumpia sehingga la ke Mexico yg diberi nama Chimicanga dan mcm2 lagi la.

“The idea is always the same.Food that is wrap and roll lalu di goreng. Even di Thailand pun mau pun Vietnam have their own version of Spring roll..tak pulak mereka2 itu meyalak ke negara Asing seperti apa yg Indonesia is doing. Sungguh memalu kan.

“Tak ada issue lain ke nak cari pasal? Dah la dunia di luar itu kecoh orang bergaduh pasal all kind of issue ini kita Allah turun kan makanan enak2 supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat dan bukan suruh berperang. Islam ke orang2 mcm tu?”

Sejujurnya, Kedahnews.com amat bersetuju dengan pandangan Chef Wan yang menyifatkan pihak yang membuat tuntutan itu mempunyai fikiran cetek dan seolah tidak pernah keluar dari kepompong negara sendiri.

Sekiranya difikirkan secara logik, bukan Malaysia sahaja yang menggunakan kulit makanan yang sama seperti popiah, malah banyak lagi negara di dunia yang menggunakan kulit popiah yang sama sifat asasnya dengan kulit popiah.

Kalau benar-benar mahu mempertahankan warisan, sewajarnya mereka perlu pergi buat tuntutan di semua kedutaan negara lain juga, kan? Barulah adil, kan?

Selain itu, bukan kulit popiah sahaja yang perlu dituntut, malah semua barangan, produk atau khidmat yang telah diantarabangsakan sejagat perlu dituntut oleh segelintir warga Indonesia itu.

Entah apa motifnya mereka meneruskan agenda "ganyang Malaysia" yang telah tamat berpuluh-puluh tahun dahulu. Mungkin sengaja cari pasal atau sekadar mahu diberi pubisiti murahan barangkali? -Kedahnews.com