Sehari dua ini heboh diperkatakan mengenai penahanan aktivis Pakatan Rakyat, Adam Adli
kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam perhimpunan haram ‘Kita Lawan’ di hadapan
pusat membeli-belah Sogo.
Kononnya himpunan itu merupakan tanda solidariti untuk menuntut pembebasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas
kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Namun, ada insan-insan lain yang turut menerima kesan akibat
tindakan Adam Adli dan para penyokong perhimpunan yang kerap berkumpul
di kawasan pusat membeli-belah itu.
Mereka adalah kumpulan penyanyi jalanan atau buskers yang selama ini menjadikan pusat membeli-belah itu sebagai lokasi ‘cari makan’ dengan membuat persembahan di situ.
Salah seorang anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy meluahkan kebimbangannya mengenai perhimpunan seumpama itu menerusi laporan Astro Awani.
Katanya, Sogo sepatutnya menjadi tempat untuk orang ramai membeli-belah dan bukannya untuk perhimpunan bantahan.
“Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam.
“Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak
membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan
mereka,” katanya.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh anggota buskers itu kerana sedikit-sebanyak perhimpunan seumpama ini akan menyebabkan orang ramai takut untuk datang ke situ.
Apa gunanya perjuangan menuntut keadilan jika para penyokong seperti
Adam Adli sendiri tidak bersikap adil terhadap orang lain yang mahu
mencari rezeki untuk keluarga mereka?
Saranan dari Kedahnews.com, sudah-sudahlah buat perhimpunan haram sebegitu. Buat himpunan haram sampai kiamat pun takkan dapat lepaskan mana-mana penjenayah walaupun penjenayah itu seorang VVIP.
Rasanya, ada banyak lagi kerja-kerja berfaedah lain yang boleh dibuat daripada terpekik-pekik di khalayak ramai begitu. Buat malu bangsa sahaja kalau diteruskan... - Kedahnews.com