Apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob bersuara agak keras mahu rakyat Malaysia bertindak
memboikot para peniaga Cina yang seolah menjadi "lintah darat" dan
enggan menurunkan harga barang setelah harga minyak turun, beliau teruk
dikecam masyarakat Cina, termasuk dari kem Barisan Nasional.
Perkembangan terkini menunjukkan Menteri itu sedang disiasat pihak berkuasa atas dakwaan bersikap "rasis" berhubung kenyataan kontroversi tersebut.
Pada pandangan penulis, mungkin itulah "harga" yang perlu dibayar Ismail Sabri apabila beliau tampil membela rakyat yang ditindas oleh "tauke-tauke" Cina yang selama ini menguasai "kek" ekonomi negara dan mampu mengawal harga pasaran terbuka negara.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran, Kerajaan Malaysia mengawal harga barang-barang keperluan rakyat dan dalam hal-hal yang tertentu. Dalam ertikata mudah, ia merupakan gabungan di antara sistem ekonomi Kapitalis atau "laissez-faire" dengan sistem ekonomi Sosialis.
Sistem ekonomi Kapitalis sememangnya harga barang ditentukan oleh para peniaga yang menguasai pasaran, manakala sistem ekonomi Sosialis pula sebaliknya menunjukkan kerajaan mengawal semua aktiviti ekonomi negara.
Soalnya sekarang, para pembekal dan pemborong yang terdiri dari para peniaga Cina mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barang. Kononnnya, harga faktor sumber input menokok menyebabkan mereka "terpaksa" menaikkan harga barang ketika itu.
Namun kini, harga minyak telah menurun sebanyak RM0.60 berbanding kenaikan secara berperingkat sebelum ini beberapa kali sebanyak RM0.10 hingga RM0.20. Secara logiknya, dengan penurunan harga minyak itu, sudah tentu kos faktor input menurun mendadak dan para peniaga Cina itu juga perlu menurunkan harga barang mereka, bukan?
Walau bagaimanapun, setelah harga minyak turun, para peniaga Cina yang menjadi "orang tengah" sebagai pembekal dan pemborong tidak menurunkan harga barang. Tindakan itu sudah tentu membebankan rakyat, bukan?
Walaupun didesak sebelum ini oleh pelbagai pihak, mereka tetap enggan berganjak. Harga barang di pasaran kini masih lagi diparas tinggi sebagaimana ketika harga minyak tinggi menyebabkan rakyat tertekan dan tidak berpuas hati.
Baiklah. Mungkin itu hak para peniaga Cina yang tidak berhati perut dan memikirkan keuntungan berlipat ganda tanpa sedikit pun terselit sifat nasionalisme dan "social welfare". Kita rakyat terpaksa terima "gelagat" peniaga Cina itu meskipun geram, bukan?
Oleh yang demikian, maka tidak salah juga sekiranya rakyat menggunakan hak mereka menekan kembali para peniaga Cina itu, bukan?
Dengan konsep asas ekonomi menerusi kaedah "permintaan dan penawaran", Ismail Sabri berpandangan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk menurunkan "permintaan" mereka terhadap barangan dari peniaga Cina yang menguasai harga pasaran dengan pendekatan "boikot".
Soalnya kini, apakah salah tindakan tersebut? Ismail Sabri hanya menyedarkan rakyat bahawa mereka juga mempunyai kuasa mengawal harga pasaran dengan kaedah menurunkan permintaan barangan dari peniaga-peniaga Cina yang degil itu, salahkah?
Para peniaga Cina perlu akur dengan boikot tersebut kerana itu hak rakyat untuk mengurangkan permintaan mereka. Mengapa perlu marah pula?
Peniaga Cina boleh menekan rakyat dengan enggan menurunkan harga barang, mengapa pula rakyat tidak boleh menekan pembekal dan pemborong Cina dengan enggan membeli barang dari mereka?
Penulis percaya, mereka yang belajar ekonomi pasti faham dengan pandangan penulis ini. Ia adalah konsep ekonomi mudah. Bila jumlah permintaan kurang, maka harga barang yang ditawarkan akan turun secara automatik atau para pembekal dan pemborong Cina itu akan mengalami kerugian besar ekoran barang mereka tidak laku, bukan?
Penulis sependapat dengan Ismail Sabri. Untuk mengajar kedegilan dan tamak haloba para peniaga Cina itu, pendekatan boikot sangat ampuh untuk dipraktikkan. Ini bukan pendekatan rasis. Ini merupakan pendekatan ekonomi yang berkesan.
Kalau bangsa Melayu atau kaum India yang menguasai harga barang, maka mereka juga akan menerima nasib yang serupa. Kebetulan pula golongan yang menguasai harga pasaran itu adalah para peniaga berbangsa Cina, maka nasiblah, kan?
Penulis tertanya-tanya, di mana letaknya sikap nasionalisme dan peri kemanusiaan pada para peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang itu. Kita tidak marah pada kaum mereka, yang kita marah ialah sikap tamak haloba dan tidak berhati perut mereka. Itu saja.
Jadi, tak perlulah nak marah atau tuduh Ismail Sabri atau mana-mana pihak yang memboikot para peniaga Cina ketika ini. Apa yang mereka gesa itu sememangnya hak rakyat bagi mendesak para peniaga Cina menurunkan harga barang. Itu normal.
"Perang harga" akan tercetus tidak lama lagi dan boikot akan diteruskan hingga para peniaga Cina itu menurunkan harga barang pada harga lama. Jika enggan juga, maka bersedialah dengan "barang tak laku" dan rugi besar dalam perniagaan anda! -Amir Hamzah/UtaraNews.com