Sebelum ini kecoh di laman sosial beberapa keping gambar seniman lagenda negara, Tan Sri Jins Shamsuddin, yang dikatakan kononnya dalam keadaan terlalu kurus dan uzur sehingga viral di seluruh negara.
Ekoran itu, anak seniman berkenaan, Putera Hang Jebat hari ini tampil menyangkal
dakwaan liar tersebut dengan menjelaskan keadaan sebenar ayahnya.
Jebat dalam kenyataannya menjelaskan bahawa ayahnya berkeadaan sedemikian disebabkan faktor selera makan yang semakin berkurangan.
“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu.
“Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun
saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam
keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah.
“Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Turut difahamkan bahawa Jins, 80, menghidap penyakit Alzheimer dan kini dijaga sepenuhnya
oleh isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu
Klang, Selangor.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan seniman itu sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. InsyaAllah. - Kedahnews.com