INDIA – Sikap sombong dan angkuh seorang jutawan, Mohammed Nisham,
akhirnya membawa dia ke penjara selepas didakwa membunuh pengawal
keselamatannya dengan melanggar lelaki berkenaan dengan kenderaan
Hummer.
Dia berbuat demikian kerana hilang sabar selepas lelaki itu lambat
membuka pintu pagar ketika Nisham pulang ke rumah, pada lewat malam.
Pengawal keselamatan itu, K Chandrabose, 50, meninggal dunia semalam selepas tidak sedarkan diri di hospital.
Menurut doktor yang merawatnya, Chandrabose meninggal dunia selepas
jantungnya gagal berfungsi susulan kecederaan dalaman yang dialaminya.
Nisham kini ditahan di penjara berhampiran bandar Thrissur.
Dia sebelum ini mempunyai beberapa kes termasuk membenarkan anaknya
yang berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari di jalan raya pada
2013.
Sementara bagi kes lain, dia dibebaskan selepas membayar denda. -Agensi
Nisham yang merupakan taikun tembakau turut mempunyai perniagaan lain
termasuk hartanah, hotel dan saudagar permata di Timur Tengah. -Agensi