Datuk Bakar Din |
ALOR SETAR - Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi (Upen) Negeri Kedah,
Datuk Bakar Din dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu,
menggantikan Datuk Khazali Din yang akan bersara.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang mengumumkan pelantikan itu, 7 Februari ini merupakan hari terakhir Khazali menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri.
"Raja Pemerintah telah berkenan terhadap pelantikan Pengarah Upen ketika ini, Datuk Bakar Din untuk menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri. Saya juga bersetuju dengan pelantikan itu," katanya pada sidang media, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian ganjaran Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 dan perjumpaan dengan ikon serta penggiat sukan Kedah di sini.
Mukhriz berkata tarikh angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri itu akan diumumkan tidak lama lagi. - Bernama