Antara keistimewaan negeri Kedah yang agak "mustahil" untuk ditandingi oleh mana-mana negeri di Malaysia ini adalah mengenai restoran, gerai atau premis perniagaan makanan dan minuman yang menawarkan harga yang paling "gila-gila" murah.
Misalnya,, Kedai Makan RM2 yang dibuka di Kampung Changhai,
Changloon telah menerima sambutan yang luar biasa daripada pelanggan yang
ingin menikmati pelbagai keenakan juadah dengan harga murah.
Kedai
makan berkenaan menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga cuma RM2 setiap
satu!
Pemilik gerai, Rohaya Md Desa, 44, berkata antara juadah yang
ditawarkan di kedainya adalah nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun
sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng and kue tiaw goreng.
Menurutnya lagi, Ayam Goreng Changhai-nya yang dijual cuma RM1 merupakan juadah paling laku.
Minuman yang dijual juga berharga hanya RM1 manakala kopi-o dan teh-o panas ditawarkan pada harga 50sen.
Kedahnews.com yakin bahawa orang ramai yang tinggal diluar Kedah khususnya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sudah tentu ada yang naik geram mendengar harga yang ditawarkan, bukan?
Pemilik yang merupakan ibu kepada empat anak ini akui, meskipun untungnya tidak banyak namun dia cukup berpuas hati.
“Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya tidak menaikkan harga makanan.
“Pendapatan saya sedikit berbanding yang lain tetapi perniagaan ini masih laku.
“Saya berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dan menganggap ia
sebagai berkat bahawa gerai saya sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan
masyarakat,” katanya.
Meskipun murah, ramai pelanggan yang pernah pergi ke kedai makan ini memuji kelazatan juadah disediakan.
Apapun, Kedahnews.com mengucapkan tahniah kepada pemilik kedai makan berkenaan kerana tidak tamak dan tidak bersikap seperti sesetengah peniaga di luar sana yang berdegil untuk tidak menurunkan harga barang.
Syabas kami ucapkan kepada Kak Rohaya kerana membuktikan kemurahan hati dan sikap baik budi yang dimiliki rakyat Kedah kepada seluruh rakyat Malaysia! -Kedahnews.com