Nampaknya pemandu kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin merasakan dirinya atau "boss"nya itu "kebal" dari sebarang penguatkuasaan undang-undang di negeri yang kini dikuasai DAP tersebut.
Jika sebelum ini kenderaan mewah Mercedes Benz S300L bernombor pendaftaran PG1 itu terbabit dengan masalah "parking", kali ini ia sekali lagi "viral" di laman-laman sosial internet akibat kesalahan yang sama.
Boleh dikatakan semua pengguna laman Facebook dan laman-laman sosial yang lain bertindak mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.
Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan puluhan ribu pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan Setiausaha Agung DAP itu adalah merupakan salah guna kuasa selaku Ketua Menteri di negeri pimpinannya sendiri.

Meskipun DAP dipenuhi dengan ramai peguam da pengamal undang-undang, nampaknya Setiausaha Agung parti itu sendiri pun gagal memastikan diri dan pemandu kenderaan rasminya patuh pada undang-undang di negara ini.
Justeru itu, tidak hairanlah jika tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial dan mereka mendesak supaya Guan Eng serta pemandunya dikenakan tindakan undang-undang yang keras sebagai pengajaran di masa akan datang.
Sebelum ini, kenderaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Malangnya hingga kini belum ada sebarang laporan yang mengatakan tindakan telah diambil terhadap pemandu atau Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Mungkinkah itu yang dikatakan sebagai "keadilan dan menghormati undang-undang" ala-ala DAP? -Kedahnews.com