Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu, tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut di Membakut, 5.30 pagi Isnin. Foto: Ihsan Pembaca Berita Harian |
KOTA KINABALU - Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari
Beaufort ke Kota Kinabalu, tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut
di Membakut, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kebanyakan penumpang
kereta api empat gerabak itu adalah pekerja di sekitar ibu negeri.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Difahamkan, punca kejadian disebabkan laluan ke Tanjung Aru diubah
menyebabkan kereta api itu masuk ke kawasan Bandau Yard Membakut sebelum
melanggar jengkaut yang berada di landasan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof
Mustaffa ketika dihubungi berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
dalam kejadian itu.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS),
berkata keadaan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api bagi laluan
berkenaan ditutup untuk kerja pembaikan landasan. -BH Online