Kisah Benar: "Dah Lama Aku Duduk Dalam Badan Dia..!" - Jin

Kisah benar ini dikongsikan kepada umum, khususnya bagi mereka-mereka yang sebelum ini tidak percaya pada wujudnya gangguan makhluk jin, sihir, syaitan dan iblis di zaman serba internet ini.

Sesungguhnya kewujudan alam ghaib dan makhluk halus diakui serta diceritakan di dalam Al-Quran sebagaimana yang firman Allah SWT di dalam surah Al-Jin.

Jika tidak beriman kepada kitabullah yang suci itu, maka tidak sempurnalah iman kita, bukan?

Kisah berkenaan jin ini berlaku kira-kira pada bulan Julai, 2 tahun lalu di sebuah seminar anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang sebelum ini pernah menganjurkan seminar-seminar seumpamanya.

Ia difahamkan seminar tersebut telah disampaikan oleh pengamal perubatan tradisional, Datuk Engku Ansaruddin Agus.

Daripada beberapa seminar yang diadakan itu, terdapat satu rakaman video yang melibatkan insiden seorang wanita yang telah dirasuk secara tiba-tiba ketika progral berlangsung dan video berkenaan sedang viral di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan tentang lokasi dan tarikh seminar berkenaan.

Dalam kejadian itu, ketika Engku Ansaruddin sedang memberikan taklimat, seorang peserta wanita tiba-tiba menyatakan bahawa dia benci kepada Engku Ansaruddin tanpa sebarang sebab.

Apabila tokoh pengamal perubatan tradisional Islam nusantara itu mula berada bersama wanita itu, dikesan bahawa yang bersuara itu adalah mewakili jin yang ketika itu sedang bersarang di dalam tubuh wanita berkenaan.

Sepanjang sesi rawatan itu, jin berkenaan mendakwa sering mengganggu wanita itu kerana dia seorang wanita yang baik kerana sering solat dan mengaji kitab suci Al-Quran.

Jin itu juga menyatakan bahawa ia telah banyak menipu beberapa orang pengamal perubatan Islam apabila keluar sekejap daripada tubuh wanita itu dan kemudian merasuk semula.

Saksikan sendiri sesi dialog di bawah, di antara Engku Ansaruddin dengan mahluk berkenaan dan jelaslah sesungguhnya ilmu Allah yang diberikan kepada manusia itu adalah jauh lebih ampuh untuk mengatasi gangguan makhluk halus. -Kedahnews.com