Sebuah kitab seks kurun ke-17 Inggeris yang dijumpai mengejutkan dunia apabila dilapor bakal dijual
minggu ini dengan harga sekurang-kurangnya GPB65,000 (RM351,000).
Kitab tersebut yang berjudul Aristoteles Masterpiece terbitan tahun 1684 itu sekaligus menyaingi nilai harga kitab lagenda seks kuno India yang terkenal, Kama Sutra,
Difahamkan bahawa buku tanpa pengarang iitu dikatakan mengandungi ilmu tentang
“penggunaan dan tindakan kemaluan” sehinggalah “kelahiran gergasi dan
punca-puncanya sebagaimana yang dipetik dari laporan portal antarabangsa, The Guardian, baru-baru ini.
Selain itu, kitab tersebut turut membicarakan tips dan cara untuk mendapatkan anak lelaki dan perempuan.
Walau bagaimanapun, kitab itu dikatakan bukan merupakan hasil karya Aristotle dan tidak ditakrifkan sebagai salah satu karya agung di dunia.
Penjualan kitab yang dilapor hanya cuma tinggal sebanyak tiga naskhah itu juga dikatakan bakal
dipasarkan di California International Antiquarian Book Fair di Oakland. -Kedahnews.com