Kondom Antara Benda Paling Berharga Bagi Komunis!

Mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa kondom merupakan antara barang paling berharga bagi pengganas komunis yang bermaharajalela mengganas di negara kita sekitar tahun 1948 hingga 1960 dahulu.

Ekoran terlalu berharga, para anggota komunis tergamak berkongsi dan "recycle" penggunaan kondom di antara kalangan mereka.

Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang pegawai polis dari Cawangan Khas (SB) yang terkenal, Datuk Paul Kiong.

Paul merupakan penerima pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan beliau sangat diingati kerana pernah menyusup masuk ke kem komunis serta menyamar sebagai anggota komunis sejak sekian lama.


Lebih "menarik", beliau juga mendedahkan bahawa selain dari pelbagai kelengkapan senjata yang sering dirampas pihak berkuasa daripada anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditembak dulu, kondom merupakan antara benda yang sering ditemui bersama mayat mereka!

Menurut Paul, pemerintah komunis tidak menghalang jika anggota mereka terlibat dalam hubungan intim tetapi dengan syarat anggota komunis wanita tidak dibenarkan mengandung sama sekali.

Katanya, mana-mana anggota komunis yang didapati mengandung, akan disingkirkan serta-merta dan diusir dari pasukan pengganas itu.

Oleh yang demikian, kondom menjadi benda yang paling "berharga" selain senjata dan alat letupan di kalangan anggota komunis.


Katanya lagi, ramai pengganas komunis khususnya yang masih muda remaja terjebak jatuh cinta sewaktu berada di dalam hutan dan berakhir dengan perkahwinan.

Pada yang berkahwin atau ingin kekal sebagai pasangan kekasih, mereka akan menjalinkan hubungan sulit dan akan menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat melampiaskan hawa nafsu masing-masing.

"Disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan kondom di dalam hutan ini, kebanyakan pengganas ini akan 'recycle' penggunaannya...lepas guna, basuh dan guna semula," kata Paul dalam satu temuramah yang dipetik dari portal The Antdaily. -Kedahnews.com