OSLO – Lebih seribu orang remaja Islam
membentuk satu rantai manusia mengelilingi sebuah rumah ibadah utama
Yahudi di ibu kota Norway, Oslo sebagai satu inisiatif perdamaian
anjuran sebuah kumpulan belia Islam tempatan.
Mesej yang ingin disampaikan kepada kaum Yahudi di
negara Skandinavia itu adalah, mereka turut berdukacita dan
bersatu-padu dengan mangsa-mangsa insiden keganasan yang meningkat
terhadap kaum Yahudi di Eropah.
Ini termasuk serangan militan pengganas terhadap
sebuah pasar raya kosher atau makanan halal Yahudi di Paris, Perancis
pada awal Januari lalu dan sinagog atau kuil Yahudi di ibu negara jiran
Denmark, Copenhagen minggu lalu.
Akhbar-akhbar tempatan pada Isnin melaporkan,
sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa Norway meningkatkan
pengawalan polis dan mengerahkan pasukan penembak di sekitar rumah
ibadah penganut Yahudi tersebut.
Agensi berita antarabangsa AFP memetik
jurucakap penganjur, Zeeshan Abdullah sebagai berkata, pihaknya mahu
membuktikan masyarakat Islam mencintai perdamaian dan mahu hidup aman
dengan komuniti pelbagai agama.
Ekoran siri serangan berdarah yang
berlaku kebelakangan ini ke atas kaum minoriti Yahudi di Eropah, Perdana
Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggesa golongan Yahudi di Eropah
berhijrah ke Israel jika berasa tidak selamat.
Namun, seruan pemimpin rejim Zionis itu
tidak mendapat sambutan, malah ramai pengkritik politik mendakwa ia
hanya propaganda kempen untuk parti beliau memenangi pilihan raya umum
Parlimen Israel pada Mei depan.
Dianggarkan terdapat hanya kira-kira
1,000 penganut Yahudi di Norway, manakala masyarakat Islam tempatan
sekitar 200,000 orang daripada keseluruhan penduduk negara itu berjumlah
5.2 juta dengan majoriti Kristian
Persoalannya di Malaysia, segelintir anak muda seperti Adam Ali, Safwan Anang dan sebagainya sangat mudah dipengaruhi politik dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah dan himpunan haram yang jelas menyalahi undang-undang.
Alangkah bagusnya jika mereka mencontohi anak-anak muda beragama Islam di Norway itu. Biarpun tidak hidup di sebuah negara Islam, namun mereka bijak berfikir dan begitu matang untuk menganjurkan pendamaian serta mencerminkan keindahan Islam, kan? -Kedahnews.com