Lelaki "Skodeng" Bersiri Letak Gambar Mangsa Di Facebook


FLORIDA – Seorang lelaki yang suka mengintai wanita mandi, telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan kemudiannya merakamkan gambar wanita itu mandi dengan menggunakan telefon bimbit milik mangsa.

Lebih menjijikkan ialah lelaki itu kemudiannya memuatnaik gambar yang dirakamkan itu ke dalam akaun Facebook milik wanita berkenaan.

Susulan itu penduduk di Alamonte Springs kini berjaga-jaga selepas polis mengeluarkan amaran tahap merah, memandangkan lelaki itu merupakan pengintai bersiri.

“Lelaki ini juga akan beronani ketika mengintai. Polis kini mengaitkan kejadian ini dengan seorang lelaki yang dilihat di dua apartmen berhampiran.

“Ia memang menakutkan apabila seseorang memasuki rumah kita dan melihat kita mandi,’’ kata jurucakap polis, Rob Pelton.

Selain itu, kata Pelron, mencuri telefon bimbit mangsa untuk merakamkan aksi mereka mandi kemudian memuat naik dalam akaun facebook mereka juga merupakan satu jenayah yang baru muncul. -Agensi