Lepas Kereta Guan Eng, Giliran Kereta "Sultan Kedah Imam Al Mahdi" Pula Viral Di Laman Sosial

Sekiranya di Melaka terdapat "Sultan Melaka" yang mencetus pelbagai kontroversi, di Kedah tidak kurang hebatnya dengan "Tuanku Raja Merong Maha Wangsa II" atau juga dikenali sebagai "Sultan Kedah Asal".

Baru-baru ini "viral" di laman-laman sosial mengenai sekeping gambar yang memaparkan nombor pendaftaran "istimewa" dipercayai milik "Tuanku" berkenaan tersebar meluas dan menimbulkan kekecohan di kalangan warga netizen, khususnya di zon utara.

Pada pengamatan Kedahnews.com, berkemungkinan besar gambar berkenaan adalah kenderaan milik "Sultan Kedah Asal" dari kumpulan Panji Hitam yang pernah ditahan pihak berkuasa kerana mencetus kekecohan di depan Istana Negara sekitar tahun 2013.

Sekumpulan individu yang terdiri dari lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, serta menaiki tiga buah kereta pada Ogos 2013 telah berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara Kuala Lumpur telah ditahan oleh pihak berkuasa di Balai Polis Jalan Travers.


Kumpulan itu dilaporkan berkumpula di depan Istana Negara bagi mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Namun pencarian kami di laman Facebook pula menemukan kami dengan beberapa laman fanpage yang lebih menjurus kepada "troll", mempermain-mainkan "Kerajaan" yang dikatakan menerima bai'ah dari "langit" itu.

Rujuk di sini...
Bagaimanapun, Kedahnews.com tidak pasti perkembangan terkini kumpulan berkenaan selepas ditahan pihak berkuasa ekoran tidak mempunyai sumber yang sah mengenainya.

Apapun, sebagai rakyat dan anak Kedah, kami menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya wujud cubaan untuk mencemar kedaulatan negeri Jelapang Padi ini, khususnya DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. -Kedahnews.com