Liku-Liku Hidup Kak Wan Derita Tanpa Anwar?

kakwan 

Rasa nak menangis membaca sebuah analisis di sebuah portal yang sering dikaitkan dengan pembangkang, Malaysiakini, yang menulis tentang jalan-jalan berliku yang terpaksa ditempuhi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara hari ini.

Memang betul-betul sedih jika kita meletakkan diri kita ditempat Kak Wan. Seolah hilang sudah tempat bermanja dan mengadu nasib, seorang suami yang diharap dapat membimbing dan membawanya ke syurga di akhirat kelak.

Namun malang sekali, Kak Wan terpaksa menerima hakikat yang suaminya itu merupakan seorang peliwat dan pernah menjadikan beberapa lelaki sebagai “mangsa” kerakusan hawa nafsu “gelap”nya.

Mungkin nasib malang Kak Wan itulah yang pernah dirasai ramai isteri-isteri lain di mana suami-suami mereka juga dijatuhkan hukuman penjara atas jenayah yang dilakukan. Mereka juga hilang tempat bergantung seperti mereka.

Untuk pengetahuan Kak Wan, ramai isteri-isteri di negara kita ini yang senasib dengan Kak Wan. Ramai suami-suami “hidung belang” yang galak “makan diluar”, namun rahsia “gelap” mereka itu bijak disimpan dari pengetahuan isteri dan anak masing-masing.

Hasilnya, isteri dan keluarga mereka juga menerima nasib yang sama seperti Kak Wan. Bila suami mereka “kantoi” merogol, meliwat atau ditangkap melanggan pelacur dan kemudian disumbat ke penjara oleh mahkamah, maka tinggallah isteri dan anak-anak mereka terpinga-pinga terpaksa menempuh liku hidup yang jauh lebih payah.

Mereka tidak punya wang untuk menjamin suami mereka, apatah lagi untuk mengupah peguam-peguam yang hebat-hebat seperti suami Kak Wan. Nak bayar sewa rumah pun kadang-kadang “miss”, bil elektrik dan air pun selalu tertunggak…

Namun memandangkan suami-suami mereka itu orang miskin, rakyat biasa dan tidak pandai berpidato berhikayat di atas pentas, sudah tentulah tidak menarik minat Malaysiakini untuk menulis liku-liku hidup yang terpaksa ditempuh isteri-isteri banduan itu, bukan?

anwar

Memang benar Anwar meliwat. Bukan saya yang mengesahkan, tapi mahkamah yang mengesahkannya berdasarkan bukti-bukti kukuh dan bicara mahkamah yang adil tanpa sebarang campur tangan politik.

Ya, mungkin ada yang menuduh mahkamah “berat sebelah” atau “anjing BN” dan sebagainya, sama seperti Anwar menuduh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, pada kes liwat I dahulu. Namun adil dan waraskah tuduhan melulu begitu?

Jika difikirkan secara adil, mereka tidak punya hujah atau bukti kukuh untuk tuduhan tersebut menjadikan ianya hanyalah teori mitos tanpa asas.

Lagipun, perlu diakui tuduhan itu dibuat ekoran rasa taksub dan terlalu percaya pada Anwar selama ini. Tanpa mereka sedar, tuduhan yang mereka lemparkan itu terang-terangan bersifat berat sebelah, bukan?

Berbalik kepada liku-liku hidup yang bakal ditempuhi selama Anwar di penjara, saya meminta supaya Kak Wan banyak-banyak bersabar. Lagipun, Kak Wan masih punya anak-anak disisi untuk memberi Kak Wan semangat untuk hidup.

Anak-anak Kak Wan dan Anwar bukannya calang-calang. Semuanya sudah besar panjang, bekerjaya hebat dan kaya-kaya belaka. Takkanlah mereka tak boleh bantu Kak Wan dari segi sara hidup dan sokongan moral, kan?

Kak Wan masih lagi mampu tinggal di banglo mewah ala-ala “istana Segambut” dan masih lagi mempunyai kenderaan mewah. Tapi isteri-isteri lain yang suami mereka dipenjara kebanyakkan terpaksa menyewa rumah, membesarkan anak yang masih kecil dan jauh lebih tertekan hidup mereka.

Bersyukurlah dengan apa yang masih Kak Wan ada berbanding isteri-isteri penjenayah lain di luar sana.

Kak Wan belajarlah menerima hakikat sebenar kehidupan “gelap” yang mungkin selama ini disembunyikan suami Kak Wan dari keluarga. Meskipun pahit, hakikat itu perlu Kak Wan telan ekoran jodoh Kak Wan sengan seorang peliwat.

awrnikah

Redhalah dengan ketentuan Allah SWT hari ini. Sesungguhnya terdapat hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.

Benar kata anak Kak Wan, Nurul Izzah, tentang hadis yang mengaitkan hakim dengan neraka. Namun sekiranya hakim-hakim itu melepaskan seorang penjenayah dan berlaku tidak adil kepada mangsa jenayah, maka sudah tentulah mereka ke neraka juga, bukan?

Justeru, terimalah hukuman itu dengan hati yang terbuka di atas keadilan yang diputus berdasarkan perbicaraan yang adil dan bukti-bukti yang jelas yang menunjukkan bapa Nurul Izzah benar-benar meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Akhirnya, saya menyarankan agar Kak Wan mengambil inisiatif sendiri dengan bantuan anak-anak untuk memujuk Anwar Ibrahim secara berhikmah supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selepas ini.

Pada saya, masih belum terlambat untuk suami Kak Wan bertaubat kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang dia lakukan selama ini. Selagi nyawanya tidak ditarik hingga ke halkum, Anwar masih punya harapan bertaubat.

Bak kata mendiang Karpal, “Anwar Ibrahim harus bertaubat, kan? Wallahua’alam. -myKmu.net