Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan pelakon dan sosialit, Zahida
Rafik atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik bertanggungjawab
menfitnah bekas pemandunya.
Oleh itu, Hakim Datuk Hue Siew Kheng mengarahkan Zahida untuk
membayar RM150,000 kepada Noor Azman Azemi sebagai ganti rugi atas
kesalahannya.
Dalam prosiding sama, Hue turut memerintahkan Zahida membayar kos kepada bekas pekerjanya itu sebanyak RM40,000.
Selain itu, hakim turut menolak tuntutan balas Zahida yang memohon
agar Noor Azman memulangkan kembali wang berjumlah RM200,000 yang
kononnya dicuri daripada Zahida.
Pada 27 November 2013, Noor Azman menfailkan saman malu kepada
pelakon filem Mami Jarum itu kerana menuduhnya melarikan wang milik
wanita tersebut yang sepatutnya digunakan untuk urusan perniagaan.
Zahida membuat tuduhan tersebut menerusi sebuah artikel yang
disiarkan Harian Metro pada 3 Mac 2012. Bukan itu sahaja, Zahida turut
menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran buat mana-mana individu yang dapat
menjumpai Noor Azman.
Sumber: Mynewshub.cc