LONDON – Ketika media antarabangsa dikuasai Yahudi mempromosikan kekejaman militan Islamic States
termasuk kes terbaharu membakar hidup-hidup juruterbang tentera udara
Jordan bagi membangkitkan rasa marah kepada agama Islam, lain hal pula
di Britain.
Media tempatan pada Khamis melaporkan, insiden benci penganut Yahudi
atau popular disebut sebagai anti-Semitik mencatatkan 1,168 kes pada
2014 di seluruh Britain; iaitu meningkat dua kali ganda berbanding tahun
sebelumnya hanya 535 kes.
Ia didedahkan sebuah yayasan amal pemantau kadar jenayah, Community Security Trust
(CST) dan data tahun lalu dianggap paling tinggi sejak organisasi
kebajikan tempatan itu merekodkan secara rasmi kes anti-Semitik di
seluruh negara pada 1984.
Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Britain, Theresa May yang terkejut
dengan laporan terbaharu itu mendakwa kerajaan amat prihatin dengan
nasib penganut Yahudi sambil menegaskan: “Britain tanpa orang Yahudi
bukanlah pun bernama Britain”.
CST dalam laporan itu mendedahkan, konflik berdarah di Gaza susulan
penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada Julai lalu sehingga
mencetuskan perang rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu menyebabkan
peningkatan drastik anti-Yahudi.
“Mujur kebanyakan kes tidak pula melibatkan keganasan fizikal serius
tetapi lebih kepada grafiti ayat carut, ancaman lisan, kerosakan harta
benda, diskriminasi layanan dan maki hamun yang berbaur perkauman,” kata
ketua eksekutif CST, David Delew.
Polis dalam pada itu turut mengesahkan peningkatan kes ugutan
bersifat jenayah dan mulai kerap melakukan rondaan di kawasan majoriti
komuniti Yahudi ekoran serangan berdarah ke atas sebuah pasar raya milik
Yahudi di Paris, Perancis awal Januari lalu.
Masyarakat Yahudi di Britain dianggarkan kira-kira 300,000 orang dan
mereka mula mendiami negara itu sejak tahun 1070 sebelum diusir keluar
oleh Raja England pada 1275 kerana aktiviti riba menyebabkan rakyat
menderita akibat faedah hutang besar.
Komuniti itu berhijrah ke Scotland yang membenarkan mereka tinggal di
wilayah tersebut selain Poland, namun dibenarkan memasuki semula
England dan Wales pada tahun 1625 sebelum menguasai sektor ekonomi dan
politik tempatan.
Kerajaan Britain bertanggungjawab dalam menubuhkan negara haram
Israel menerusi Perjanjian Balfour bersama Persekutuan Zionis Great
Britain pada 1917 dengan menduduki secara paksa tanah wilayah penduduk
Palestin. – Agensi