Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe |
GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe
sehingga figura yang dikenali sebagai seorang diktator itu terjatuh,
kira-kira 27 pengawal peribadi digantung tugas serta merta.
Menurut International Business Times,
Mugabe, 90, tersungkur ketika turun dari podium selepas memberi ucapan
kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari
Ethiopia.
Selepas situasi tersebut berlaku barulah staf-stafnya mengerumuni untuk membantu, namun semua itu sudah terlambat.
Ada yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang telah diambil
untuk tidak memalukan Mugabe namun itu semua nyata tak berjaya
menghalang detik-detik memalukan ini tersebar ke seluruh dunia.
Menurut sumber sahih, insiden tersebut membawa kepada keputusan
menggantung tugas 27 pengawal Mugabe yang dianggap telah gagal
menjalankan tugas dengan baik.
“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.
“Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”
Tambah memanaskan hati Mugabe, gambar-gambar sepanjang insiden yang
terlepas telah dijadikan ‘bahan’ pihak tertentu yang melakukan suntingan
bagi menghasilkan gambar-gambar lucu.
Dalam pada itu portal The Standard melaporkan, kejadian
tersebut bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas
dengan baik malah ia menandakan mereka tidak memahami asas tugas
mengawal iaitu tidak berada tiga kaki dari kedudukan presiden.