“Belakang saya ada selulit dan saya bangga dengannya’ demikian
ujar seorang model Playboy, Tilsa Lozano, 32, apabila gambarnya yang
dirakamkan untuk majalah Magaly TeVe tanpa sebarang proses photoshop,
telah tersebar.
Sambil mempertahankan dirinya, Lozano berkata ia merupakan gambar
asal namun gambar itu bukan untuk ditunjukkan kepada peminatnya.
“Ya memang saya mempunyai selulit, namun ia sepatutnya tidak mengejutkan dan saya tidak pernah merahsiakan,’’ katanya.
Bagaimanapun editor majalah berkenaan, Magaly Medina, 51, menafikan dakwaan Lozana.
Jelasnya, memang Lozano sendiri yang mahu menerbitkan gambar berkenaan untuk tatapan peminatnya.
Medina turut menyiarkan beberapa keping lagi gambar Lozano tanpa
pengubahsuaian dan photoshop yang dirakamkan untuk penerbitan majalah
berkenaan.
Keadaan ini mencetuskan perbalahan antara kedua-duanya menerusi media
sosial. Ia turut menarik minat ramai dengan ada yang memberikan komen
positif mengenai imej sebenar badan Lozano dan tidak kurang pula
mengkritiknya.
Lozano sebelum ini pernah memenangi pertandingan ratu cantik dan
pernah dinobatkan sebagai Miss Playboy TV bagi Latin Amerika pada 2008. -Agensi.