Khabarnya, antara dakwaan yang bakal tersiar akan menunjukkan bahawa pesawat yang telah diisytihar hilang tersebut dipercayai telah diterbangkan menuju ke Antartika secara sengaja.
Selain itu, berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, program berkenaan juga dijangka mendakwa pesawat
berkenaan disyaki terbang selama beberapa jam selepas terputus
hubungan dengan radar dan gagal dikesan.
Akhbar United Kingdom iaitu The Mirror pula menyiarkan padangan seorang pakar penerbangan yang percaya bahawa pesawat itu membuat telah tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.
Katanya, pada pusingan pertama, pesawat berkenaan telah menghala ke kiri manakala pusingan kedua
dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.
Sementara itu, seorang pakar berkaitan bencana penerbangan, Malcolm
Brenner berkata, pusingan yang dilakukan itu dipercayai dibuat oleh "seseorang" yang berada dalam kokpit secara sengaja, sekaligus membawa
MH370 tersasar dari laluan asalnya.
"Kemalangan ini menarik
perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang
penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan," kata Brenner yang dipetik dari akhbar berkenaan.
Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan ke udara pada Ahad, 8 Mac sempena genap setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.
MH370 hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia
terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing
dengan membawa 239 individu.
Walau bagaimanapun, kira-kira 10 bulan selepas kehilangannya, Kerajaan Malaysia pada
29 Januari lalu, akhirnya telah membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut diputuskan telah terbabit dalam satu kemalangan yang mengorbankan kesemua individu di
dalamnya.
Sehingga kini, tiada sebarang serpihan atau petanda yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang berjaya ditemui, apatah lagi bagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat berkenaan.
Gurut dilaporkan bahawa misi mencari dan menyelamat MH370 dilaporkan juga bakal dihentikan pada Mei depan. -Kedahnews.com