Ops BAH: "Bapa Ayam" Pertama Dicekup Pihak Berkuasa!


Sikap pengusaha sebuah rumah urut di Metro Perdana, Kepong yang masih berdegil membuka premisnya walaupun sudah diarahkan tutup membawa padah apabila serbuan Ops BAH siri 9 telah berjaya menahan remannya, semalam.

Operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, JPAM, Imigresen dan beberapa agensi lain berjaya menahan 6 pekerja premis rumah urut tersebut serta pengusaha premis terbabit kerana menggajikan pekerja tanpa permit dan dokumen yang sah.

DSC_0701
DSC_0690

DSC_0673
DSC_0686

Dalam operasi yang bermula jam 3 petang tersebut, pemilik kepada premis berkenaan didapati bersalah di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1987 kerana gagal mempamerkan lesen semasa pemeriksaan dijalankan, membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis dan memggajikan pekerja asing tanpa permit.

Ops BAH siri ke 9 ini merupakan satu batu loncatan kepada beberapa siri serbuan yang sebelumnya kerana ia merupakan tangkapan kali pertama kepada pengusaha premis haram ini.

Diantara barangan yang dijumpai adalah beberapa set kondom dan alatan seks yang kelihatan bertaburan ketika operasi dilakukan.
























Sumber: Mynewshub.cc