Wartawan veteran dan penganalisis politik terkenal, Datuk Kadir Jasin menyifatkan golongan muda di zaman ini kurang mengerti apa yang berlaku berhubung kes liwat pertama membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada lewat abad lalu.
Namun katanya, ekoran status "tidak tahu" itu, golongan itu yang disifatkan sebagai "pemarah" akan terus bersama Anwar dan enggan beralih menyokong Barisan Nasional (BN) berdasarkan apa yang terjadi di abad ini.
"Bear in mind that the first sodomy trial and conviction (which was later overturned) took place in 1999 - some 15 years ago.
"Boys and girls who were then 10 or 15 years old are today 25 or 35 years old angry young men and women.
"They did know much about what happened in the last century. But they know what is happening now.
"Even the most extreme of Umno loyalists admit that the Barisan Nasional (BN) is not getting the support of young voters by merely running down Anwar and the PR," katanya mengulas mengenai perkembangan terkini Anwar dan Pakatan Rakyat.
Kata Kadir, beliau positif mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan berpecah meskipun Anwar dipenjara berhubung kes rayuan liwat kedua yang bakal diputuskan pada 10 Februari (esok)ini.
Kes liwat pertama Anwar menyaksikan beliau disahkan mahkamah telah melakukan aktiviti seks luar tabii dengan beberapa "mangsa"nya, namun dilepaskan dari tuduhan akibat sedikit percanggahan teknikal berhubung masa kejadian.
Kes liwat kedua pula bermula setelah bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan mendakwa dirinya diliwat Ketua Pembangkang itu di sebuah kondominium milik rakan Anwar.
Saiful Bukhari telah bersumpah mubahalah bersaksikan Allah SWT dan Al-Quran di sebuah masjid bagi menyokong dakwaan tersebut dan "menjemput" Anwar untuk sama-sama bersumpah bersama.
Bagaimanapun, Anwar enggan berbuat demikian dan mendakwa tuduhan Saiful Bukhari itu adalah permainan teori konspirasi politik untuk menjatuhkan karier politiknya.
Dalam perbicaraan yang lalu, Anwar memilih untuk tidak ke kandang saksi untuk memberi keterangan, sebaliknya memilih untuk bercakap di kandang tertuduh meskipun dia tahu mahkamah tidak akan mengambil kira sebarang keterangan di kandang tersebut berhubung kes.
Anwar kemudiannya dilepaskan Mahkamah Tinggi atas tuduhan tersebut, juga diatas alasan teknikal, berhubung barang bukti yang dikatakan tidak disimpan mengikut spesifikasi standard yang ditetapkan piawaian antarabangsa.
Bagaimanapun, dalam rayuan kes berkenaan, Mahkamah Rayuan kemudiannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan memutuskan Anwar bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Para peguambela Anwar kemudiannya merayu atas keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan dan kes rayuan berkenaan akan diputuskan esok.
Sehingga kini, Anwar masih lagi menyebarkan teori "konspirasi" terhadap tuduhan liwat kedua, sama seperti alasan yang dikemukakan pada kes liwatnya lewat abad lalu. -Kedahnews.com