ALOR SETAR - Peniaga Pasar Tani di Taman Wira Mergong di sini mengambil
inisiatif menawarkan harga barangan keperluan harian yang lebih murah
berbanding harga yang ditetapkan kerajaan.
Antara barangan yang dijual pada harga yang lebih murah ialah ikan kembong RM12.20 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani RM15.20 sekilogram dan sotong RM16 (berbanding RM20 sekilogram).
Peniaga ikan Said Mohamad, 53, berkata beliau bersama peniaga lain menjual barangan pada harga lebih murah sebelum pengumuman harga oleh kementerian bagi meringankan beban pengguna.
"Harga yang ditetapkan oleh pasar tani memang rendah dan pengguna masih boleh tawar-menawar dengan kita bagi membolehkan mereka mendapatkan barangan segar pada harga lebih murah.
"Kita juga pengguna dan kita tahu apa yang pengguna mahukan. Jual murah pun kita boleh jana keuntungan. Ini kelebihan di pasar tani berbanding di tempat lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar tani Taman Wira Mergong di sini hari ini.
Bagi peniaga sayur-sayuran, Faridah Said, 49, beliau menjual cili merah Kulai pada harga RM15 sekilogram berbanding RM16 yang telah ditetapkan.

Katanya selain itu cili padi pula pada harga RM8 berbanding RM9.50
sekilogram manakala sayur-sayur lain seperti kacang panjang pada harga
RM5, sawi RM3, lobak merah pada RM3.50 dan timun pada RM2.50.
Beliau yang berniaga di pasar tani sejak 2000 berkata harga yang
ditawarkan berpatutan dan tidak membebankan pengguna walaupun peniaga
lain menaikkan harga dengan alasan kos pengangkutan meningkat.
Peniaga ayam Mohd Saad Ahmad, 45, berkata beliau menjual ayam proses standard pada harga sekitar RM6.50 sekilogram berbanding harga di tempat lain yang mencecah antara RM7.20 dan RM7.50 sekilogram.
"Apa yang ditetapkan oleh kerajaan kita ikut dan kita boleh tawarkan harga yang lebih murah jika diminta oleh pengguna dan turut mengikut harga bekalan bahan mentah yang diperoleh," katanya. - Bernama