SUNGAI PETANI – Kelekaan sekumpulan warga emas yang sedang asyik berjudi
di bawah bangsal dekat Kampung Pekan Lama, di sini, menyebabkan mereka
ditahan sepasukan anggota polis dalam Ops Limau 21 Februari lalu.
Kesemua tujuh warga emas yang layak digelar nenek berusia antara 60 hingga 80 tahun itu merupakan antara 25 yang ditahan kerana dipercayai asyik bermain judi daun pakau dan judi belangkas di lokasi terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, seorang lagi wanita yang ditahan berusia 24 tahun yang turut dikenal pasti berjudi di bangsal sama menjadikan kesemua tangkapan lapan wanita dan 17 lelaki.
Menurutnya, polis turut menemui 78 keping cip, 66 biji dadu, 350 keping daun terup, bekas berisi beras dan sebiji dadu belangkas.
“Kesemua barangan termasuk wang tunai berjumlah RM911 yang ditemui dalam bangsal sama turut dirampas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda semalam.
Katanya, serbuan yang diketuai Inspektor Mohd Nasrul Faiz itu disertai anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPD Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.
Kes disiasat bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sementara itu, Khalil berkata, dua serbuan berasingan turut dilakukan pada 19 Februari jam 11.30 malam di belakang sebuah sekolah di Tikam Batu dan 21 Februari jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah dekat Kampung Bharu, Gurun.
“11 lelaki ditahan di dua lokasi terbabit selain barang rampasan berupa dadu belangkas, bungkusan beras, meja, kerusi dan wang tunai berjumlah RM541 dan RM127,” katanya.
Serbuan dilakukan anggota IPD Kuala Muda diketuai Inspektor Md Razif Ibrahim dan Inspektor Mohd Shuhaimi Joohari.
Kes disiasat bawah Seksyen 7 (2) dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Dalam pada itu, katanya, keseluruhan tangkapan membabitkan perjudian sempena Ops Limau berjumlah 36 orang. -Sinar Harian