KUALA LUMPUR – Polis menahan dua pelajar institut pengajian tinggi
susulan tindakan memuat naik risalah berbentuk poster berunsur provokasi
dalam media sosial yang dikaitkan dengan bantahan terhadap sistem
mahkamah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua individu itu,
seorang dari Universiti Selangor (Unisel) dan seorang dari Universiti
Sains Malaysia (USM), ditahan semalam.
“@PDRMsia semalam telah menahan dua penuntut, (dari) Unisel dan USM
kerana muat naik itu. Mereka akan direman,” kata Khalid dalam akaun
Twitternya. – BERNAMA