ALOR SETAR - Kedahnews.com yakin bahawa tidak adil untuk menghukum seolah semua generasi muda masa kini merupakan golongan yang rendah akhlak dan mengalami masalah kritikal dalam penerapan akhlak Islam dalam diri.
Namun, kami yang bahawa gambar yang kami peroleh dari akaun laman sosial Twitter milik @thezulfo ini, benar-benar memalukan majoriti generasi muda.
Kami sebenarnya tidak pasti sama ada individu berkenaan sedar atau tidak maksud perkataan ‘I masturbate’ yang membawa pengertian yang sangat memalukan pada T-shirt yang dipakainya.
Namun pada pandangan kami, mereka yang tahu maksud ungkapan tersebut sudah tentu menganggap pemakainya agak "kureng" akhlaknya, apatah lagi pemuda itu memakainya ketika menunaikan solat di masjid!
Memang benar, solat dia mungkin sah kerana menutup aurat.
Namun pakaian bertulisan dengan ertikata ungkapa seperti itu jelas tidak senonoh dan tidak wajar untuk dipakai ketika mana kita sujud pada Rabbul Jalil. Bukankah Islam merupakan sebuah agama yang sangat mementingkan akhlak umatnya?
Jadi, takkanlah kita wajar mengenakan pakaian yang berunsur maksiat yang diharamkan begitu?
Malah jika diteliti lagi pada gambar tersebut, T-shirt individu itu juga singkat sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakainya.
Bukankah itu adalah sebahagian dari aurat seorang lelaki bagi mazhab Shafie?
Justeru, kami mencadangkan kepada seluruh umat Islam, sama ada generasi A, B, C, X, Y atau Z sekalipun, kita pakat-pakat kembalikah kegemilangan akhlak Islam yang sebenar sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dan Anas bin Malik R.A berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan (ke dunia) adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
Jom imarahkan kembali kegemilangan Islam! Sama-samalah kita merubah diri kita semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Wallahu'alam -Kedahnews.com