Kematian ngeri penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang
Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20 petang semalam masih menjadi
sesuatu yang mengemparkan negara.
Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu
telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat
ditegakan masih jauh.
Umumnya, kita semua mahukan lelaki tukang masak tersebut dibawa ke
tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan
pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.
Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada
juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.
Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu
yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang
mengelar Nursyuhada itu.
Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat
bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.
“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah
seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menajdi
sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.
“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah
dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali
lagi untuk misi-misi akan datang.
“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun
terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.
“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan
daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian
adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar
adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media
sosial.
Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas
memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik
Nursyuhada.
Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.
Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.
Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada
satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat
untuk meragut nyawa budak itu!
Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah
untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila.