Peserta America’s Next Top Model Ditemui Mati Ditembak

BEKAS peserta program pencarian model America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-21, Mirjana Puhar, 19, teman lelakinya, Jonathan Cosme Alvarado, 23, dan seorang rakan mereka, Jusmar Isiah Gonzaga-Garcia, 21, ditemui mati ditembak di kediaman mereka di North Carolina, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

mirjana1

Seorang suspek, Emmanuel Jesus Rangel, 19, berjaya diberkas pihak polis dan ditahan di bawah tiga kesalahan membunuh dengan niat.

suspek
Suspek, Emmanuel Rangel.
Pihak polis mengesyaki serangan ini adalah disebabkan masalah pengaruh dadah yang membelenggu suspek.

Daripada siasatan, pihak polis mendapati suspek dan mangsa saling mengenali dan Mirjana dilaporkan baharu sahaja berpindah masuk ke rumah teman lelakinya baru-baru ini.

Mirjana, model kelahiran Serbia muncul dalam ANTM musim ke-21 yang dihoskan supermodel terkenal, Tyra Banks, Ogos tahun lalu namun tersingkir pada episod kesepuluh.

Keluarga Mirjana berhijrah ke Amerika ketika Kosovo dilanda krisis peperangan di kala usianya baharu sahaja mencecah lima tahun. -Agensi