ALOR SETAR - Polis memperhebatkan usaha memburu saki baki kumpulan ‘Abok
Bigshow’ yang dikesan aktif melakukan jenayah sekitar bandaraya ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, sembilan daripada 15 suspek ditahan pada 24 Januari lalu.
"'Team Ops Lejang’ yang ditubuhkan menahan suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun melalui serbuan di lokasi berlainan pada 11 pagi, Sabtu lalu.
“Namun, enam ahli kumpulan yang bergiat aktif sejak empat tahun lalu masih diburu,” katanya di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.
Bagaimanapun, katanya, ketua kumpulan berkenaan dikenali sebagai BigShow berusia lingkungan 26 tahun dan masih bujang turut ditahan dalam serbuan sama.
Katanya, hasil ujian air kencing mengenal pasti lima suspek kumpulan Abok BigShow didapati positif dadah jenis syabu, dan selebihnya negatif.
Menurutnya, beberapa suspek ditahan bekerja sebagai mekanik bengkel dan berniaga, selain sebahagian daripada mereka adalah penganggur.
Adzaman berkata, dua kes kecurian kenderaan, tiga kes pecah rumah dan dua kes samun dapat diselesaikan melalui penahanan sembilan suspek tersebut.
Menurutnya, Team Ops Lejang berkenaan akan terus memantau dan membuat pemeriksaan demi mengurangkan kes kecurian motosikal di bandaraya ini.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi menjayakan usaha ini," katanya. -Sinar Harian