PASTINYA Sarah Ericsson tidak akan dapat melupakan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 sampai bila-bila.
Mana taknya, disebabkan belon hari jadi berbentuk 21, rumah teman lelakinya, Fabian Akesson diserbu
pihak polis gara-gara jiran pasangan itu tersalah anggap bahawa mereka
merupakan penyokong kepada kumpulan militan Islamic State (IS).
Belon berbentuk 21 yang disalah anggap sebagai IS digantung di tingkap kediaman Fabian. |
Belon sambutan hari jadi Sarah diletakkan di bahagian tingkap
kediaman mereka sebelum orang ramai yang lalu-lalang di situ melihatnya
sebagai ancaman daripada IS.
Sarah Ericsson dan Fabian Akesson. |
Takut dengan ancaman itu, ada pihak melaporkannya sehingga memaksa pihak polis menyerbu rumah Fabian.
Menurut pegawai polis Kurt Erik Gunnarsson, sebelum ini dia tidak
pernah berhadapan dengan kes sebegini yang dianggap baharu buat
anggotanya yang berkawal di situ.
“Kes sebegini tak pernah berlaku. Sebaik sahaja dilaporkan polis
terus ke kediaman tersebut namun siasatan mendapati tiada apa yang
mencurigakan sebaliknya pasangan tersebut hanya meraikan sambutan ulang
tahun ke-21, minggu lalu,” katanya.
Mereka bagaimanapun telah diarahkan untuk segera menurunkan belon
tersebut agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk
sekitar.
“Saya sangat terkejut dengan perhatian yang diterima. Tidak mungkin
saya akan lupakan sambutan hari jadi ke-21 saya ini!” kata Sarah apabila
diminta mengulas tentang kisahnya yang kini tersebar ke seluruh dunia.