Power Ranger ‘Merah’ Dituduh Tikam Teman Serumah Sampai Mati


California – Bekas pelakon siri Power Ranger yang memegang watak Red Ranger ditahan selepas menikam teman serumahnya dengan pedang tajam dalam satu pergaduhan.

Ricardo Medina Jr, 37, ditangkap di Palmdale, California, didakwa menikam Joshua Stutter di bahagian perut.

Ikat jamin ke atasnya ditetapkan sebanyak satu juta dolar.

Medina yang turut membintangi filem Samurai juga dilaporkan menghubungi sendiri 911.

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas kedua-duanya bergaduh.

Stutter kemudiannya melarikan diri ke bilik teman wanitanya sebelum dia ditikam dengan pedang.