Pusat Gimnasium Benarkan Pelanggan Berbogel?

Tidak dinafikan bahawa pusat-pusat gimnasium tumbuh begitu banyak di seluruh negara ekoran permintaan tinggi dari pelbagai lapisan masyarakat sebagai salah satu kaedah riadah setelah penat bekerja seharian.

Malah ia turut dianggap sebagai salah satu gaya hidup, "life stlye" terbaru
Kami yakin kebanyakan rakyat Malaysia menganggap gimnasium adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.

Namun lain pula yang berlaku di sebuah gimnasium di Thailand yang dilapor telah mengamalkan polisi membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing!

Ekoran polisi melampau itu, difahamkan bahawa gimnasium tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini.

Ia diarahkan tutup serta merta setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan tidak senonoh, bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral di premis tersebut.

742046

Memetik laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada para pelanggan hidung belang yang sanggup membayar pada harga tertentu.

Difahamkan juga bahawa untuk menjadi ahli kelab dan memasuki  premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

Memang memalukan dan pada pandangan kami, gimnasium itu sebetulnya bukan untuk bersenam tapi untuk gatal merenyam! -Kedahnews.com