RM500 Ribu Dan 3 Niat Murni Zero...

Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, kumpulan Zero bergambar sambil memegang trofi selepas diumumkan sebagai juara MLM 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA
Aura serasi yang dimiliki tiga beradik yang bergandingan atas nama kumpulan Zero berjaya menyaksikan mereka merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 yang berlangsung Stadium Putra Bukit Jalil malam semalam.

Tiga beradik berkenaan yang terdiri dari Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal, dalam mengungguli kemenangan di program tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.

Mungkin tiada siapa yang menyangka, berjalanan berliku tiga beradik ini untuk mengubah nasib keluarga di kampung terbalas dengan wang tunai setengah juta ringgit yang berjaya diraih malam itu.


Selain merasa puas berhasil memenangi sejumlah wang yang lumayan hasil kerja keras, niat hati mereka begitu murni memasang hajat mahu menghantar ibu menunaikan haji juga pasti tertunai jika diizinkan Allah selepas ini.

Pastinya ramai peminat tumpang gembira dengan perancangan ketiga-tiga beradik itu yang nampaknya bakal digunakan sepenuhnya ke jalan yang baik iaitu membuat rumah baru untuk keluarga di Sabah.

Selain itu wang itu juga difahamkan bakal digunakan bagi membantu perbelanjaan perkahwinan Syaiful yang merupakan paling sulung antara mereka bertiga, selain menghantar ibu mereka menunaikan ibadah di kota suci Mekah.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu hantar emak menunaikan Haji di Mekah, buat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif selepas dinobat juara MLM 2014.


Sementara itu, Sharif dalam kenyataannya pada media, menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kisah kehidupan mereka digunakan untuk meraih simpati seterusnya memancing undi peminat.

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” ujarnya.

Tahniah dari Kedahnews.com kepada tiga anak muda tersebut dan insyaAllah kami mendoakan agar niat yang suci itu bakal dikabulkan Allah SWT nanti. -Kedahnews.com