SINGAPURA - Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan
perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai
Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes, biarpun kekayaan mereka
terbukti terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit.
Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut.
Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut.
Kekayaannya, bagaimanapun, susut US$200 juta kepada US$11.3 bilion.
Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
Kedudukan seterusnya disandang Ananda Krishnan dengan kekayaan
bernilai US$9.7 bilion, Tan Sri Quek Leng Chan (US$5.6 bilion), Tan Sri
Lim Kok Thay (US$5.5 bilion), Tan Sri Teh Hong Piow (US$5.4 bilion),
Tan Sri Lee Shin Cheng (US$4.6 bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (US$3
bilion), Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$2.9 bilion), Goh Peng Ooi
(US$1.55 bilion) dan Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian
US$1.45 bilion.
Nilai kekayaan Ananda - taikun telekomunikasi, turut susut sebanyak
US$1.6 bilion kepada US$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan
saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar
pesisir.
Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis, kata Forbes.
Tan Sri Quek Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat
sebelum ini, biarpun kekayaannya susut sebanyak US$800 juta bagi tempoh
setahun lepas kepada US$5.6 bilion.
Beliau yang memiliki Hong Leong Co, mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O and G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.

Senarai terkini Forbes itu turut dibarisi empat muka baharu iaitu
taikun hartanah Khoo Cheng Hai di tempat ke-45 dengan nilai kekayaannya
US$285 juta selepas sahamnya dalam KSL Holdings berlipat ganda; pakar
pembungkusan Lim Teck Meng daripada Scientex (tempat ke-46 dengan
kekayaan US$280 juta); hartawan fabrikasi minyak-perkapalan Coastal
Contracts Ng Chin Heng (tempat ke-47, US$275 juta) hartawan hartanah dan
pengasas bersama United Overseas Australia, Kong Chong Soon (tempat
ke-50, US$240 juta).
Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai US$5.5 bilion, merosot daripada US$6.5 bilion tahun lepas berikutan penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan hiburan rantau ini.

Bagaimanapun, kekayaan yang dimiliki beberapa hartawan yang
tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki pelaburan atau
berkaitan sektor minyak.
Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum, turut menyaksikan kekayaannya susut kepada US$700 juta berbanding US$1.2 bilion, tahun lepas.

Namun, tidak semua hartawan Malaysia berdepan cabaran sedemikian.
Tan Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status
hartawan bertaraf 'bilionaire' dan muncul individu ke-15 terkaya di
Malaysia menerusi hasil perladangan dan perdagangan dengan nilai
kekayaannya US$1.08 bilion.
Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.
Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.
Kekayaan taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira US$450 juta kepada US$1.55 bilion dan tersenarai ahli perniagaan kesembilan terkaya di Malaysia.
Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.
Antara syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum US$240 juta iaitu meningkat daripada US$220 juta.
Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia.
Sumber: mStar