Sanggup Tidak Senyum 40 Tahun Gara-Gara Elak Kedut Di Wajah


Ketika rakan-rakannya berderai ketawa apabila berkumpul bersama, Tess Christian, 50, hanya bersahaja dan langsung tidak mempamerkan sebarang ekspresi wajah gembira.

Hanya bibirnya sahaja yang digerakkan sedikit bagi menunjukkan yang dia sebenarnya senang hati dengan suasana tersebut

Pelik tapi benar dan itulah amalan Tess yang menurutnya mampu mengelak garis-garis kedutan pada wajahnya sejak 40 tahun lalu.

Wanita Elak Senyum Dan Ketawa Sebab Tak Mahu Wajah Berkedut

“Wajah saya tak berkedut kerana saya berlatih mengawal otot wajah saya. Ramai yang bertanya adakah saya menyuntik botox?

“Hakikatnya tidak dan saya berpuas hati kerana usaha untuk tidak senyum dan ketawa sejak remaja berbaloi,” katanya yang dipetik dari sumber.

Teknik Tess ini sebetulnya turut diamalkan oleh beberapa selebriti terkenal termasuklah Kim Kardashian yang mengaku kepada umum bahawa dia tidak mahu tersenyum lebar atau ketawa bagi mengelakkan kedut di wajah.

kim
Kim Kardashian jarang dilihat tersenyum lebar kerana mahu mengelakkan kedutan pada wajah.
Namun, jika benarlah bagai dikata, bagaimana pula dengan pihak yang mengatakan bahawa senyum itu merupakan salah satu rahsia awet muda?

Lagipun, apa gunanya rupa yang cantik sekiranya hidup tanpa senyuman?

Bukankah Islam dan Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa senyuman itu merupakan salah satu cara umat Islam bersedekah dan cara mudah mendapatkan pahala tanpa mengeluarkan sebarang modal?

Perlukah kita ikut petua "karut" tersebut? -Kedahnews.com