Mendiang Kapten Choo (kiri) |
Pada 26 April 1976, Kapten Choo diarahkan menerbangkan 10 pegawai dan anggota tentera yang ditugaskan menggempur pengganas komunis di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah.
Mereka adalah Mejar Haris Rejab, Kapten (Udara) Mustaffa Kamal Md. Shaffie, Kapten Sulaiman Abdullah, Leftenan Ibrahim Zakaria, Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim, Leftenan (Udara) Chung Ming Teck, Sarjan (Udara) Leong Yee Heong, Sarjan Khamis Dolmat, Korporal Kamarulzaman Zakaria dan Lans Koperal Suandi Saim. Operasi itu dinamakan OPS KOTA.
Mengikut perancangannya, Kapten Choo telah diminta terbang ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand.
Namun sejarah hitam negara tercatat apabila helikopter itu telah ditembak pengganas komunis pada lebih kurang pukul 10.00 hingga 10.30 pagi.
Walaupun Kapten Choo berusaha untuk mengawal helikopter tersebut, namun takdir telah menentukan yang helikopter itu akhirnya terhempas dan terbakar hingga mengorbankan kesemua mereka yang berada di dalamya.
Berikut adalah catatan salah seorang daripada anggota tentera dalam misi mencari dan menyelamat helikopter malang itu.
Apapun tak ramai di antara kita yang tahu kisah sedih ini.
Kesemua 11 yang terbunuh telah mengorbankan jiwa dan raga mereka demi tanah air yang tercinta, namun sejauh mana 'semangat' keperwiraan mereka dapat dihayati hingga ke hari ini? -Syahril A. Kadir/Kedahnews.com

T14040 Ssjn.(B) Yusof Bin Abu;Di atas keberanian beliau, Yang Di Pertuan Agong berkenan menyampaikan pingat PGB kepada Kapten Choo melalui waris mangsa.
" Keadaan sungguh ngeri dan menyayat hati. Kami dapati ada di antara mayat mangsa yang telah terputus tangan, kaki malah ada juga yang telah terpisah kepala dari tubuh. Ada juga yang terputus sendiri apabila kami cuba untuk mengalihkan dan mengangkat mayat tersebut. Mana mana anggota yang terpisah dan terputus itu kami masukkan ke dalam satu beg dan mana yang masih elok lagi keadaannya kami asingkan satu persatu."