Siti Nurhaliza Jadi Pengawas Sekolah, "Comey Takkk? Comeyyyy...."

Pada Sabtu lalu, penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-11 penubuhan kelab peminat penyanyi tersohor itu, Sitizone.

Majlis tersebut mengambil tema alam persekolahan di mana para tetamu yang hadir perlu mengenakan pakaian seragam sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.

Di majlis berkenaan, Siti telah memilih untuk mengenakan pakaian seragam pengawas sekolah dan kelihatan begitu comel, kan?

Dengan berpakaian seperti itu pada pandangan kami, beliau seolah kelihatan seperti pelajar tingkatan 5 atau 6 yang merupakan pemimpin pelajar di sekolahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah suami Siti, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk K dan juga pengurusnya, Rozi, bagi memberi sokongan serta memeriahkan majlis berkenaan.

Berikut pula adalah beberapa keping gambar comel Siti sepanjang majlis itu berlangsung, jom cuci mata... –Kedahnews.com

SITI1
SITI2
SITI3
SITI4
SITI5
SITI6