Skandal Seks Dalam Tandas Pemain Manchester United Gegarkan Old Trafford


Skandal seks melibatkan seorang pemain kelab ternama England, Manchester United, sedang berlegar-legar menggemparkan arena kelab bola sepak gergasi dunia itu.

Dikatakan bahawa pemain Manchester United itu menjadi mangsa "kantoi" apabila aksi seksnya dalam sebuah tandas kelab eksklusif dirakam oleh beberapa rakan sepasukan.

Bagaimanapun, identiti individu dalam insiden tersebut masih lagi belum didedahkan sehingga kini.

Ibarat "kawan makan kawan", video seks pemain itu kemudiannya difahamkan telah diedarkan untuk tontonan sesama pemain MU lain di bilik persalinan mereka.

Memetik laporan The Independent, pihak pengurusan kelab tersohor Liga Inggeris itu kini sedang menyiasat insiden tersebut yang membabitkan seorang pemain mereka yang dirahsiakan bersama seorang wanita berusia 20-an.

Dipercayai bahawa video sulit itu dirakam oleh rakan-rakannya menggunakan kamera telefon melalui bawah dan atas pintu bilik tandas.

Menghairankan dalam rakaman tersebut, wanita itu dilaporkan menangis sepuas-puasnya dan berkata tidak akan menceritakan perkara itu kepada sesiapa pun.

Pada masa yang sama, kesemua pemain Manchester United pula dilihat selamba, berlagak seolah-olah tiada yang berlaku ketika menuju ke Upton Park bagi berdepan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris. -Kedahnews.com